Ikut SOP masa konvoi motosikal – Datuk Ismail Sabri

3512

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pemulihan (PKPP), kerajaan tidak teragak-agak untuk menarik balik kebenaran aktiviti konvoi motosikal sekiranya pihak berkuasa menerima banyak laporan kesalahan mengenainya.

konvoi motosikal

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setakat ini, kesalahan tidak mematuhi kebenaran konvoi motosikal di Pahang baru-baru ini adalah kes terpencil serta diharap menjadi kes pertama dan terakhir.



Justeru katanya, aktiviti berkenaan ketika ini masih dibenarkan.

“Kejadian semalam adalah pertama. Kita anggap ini kes terpencil dan tidak menjadikan semua konvoi dihentikan setakat ini. Pihak polis akan mengambil tindakan terhadap konvoi tersebut. 

“Kesalahan itu, polis akan ambil tindakan. Namun, kalau berleluasa dan buat kesalahan seperti berkumpul, tiada penjarakan sosial, tak mustahil kita lihat semula kebenaran itu,” katanya.

Malah beliau turut memberi contoh bagaimana kerajaan bertindak menarik balik kebenaran operasi sesetengah premis perniagaan dan perkara sama boleh berlaku ke atas aktiviti konvoi motosikal.

“Seperti premis perniagaan dan restoran kalau mereka langgar SOP, ada restoran ditutup sebab langgar SOP. Saya harap kepada penunggang berkonvoi patuh SOP sebab kalau terlampau banyak kegagalan patuh SOP, akan sebabkan keseluruhan konvo tidak dibenarkan. Saya harap ini adalah kesalahan pertama dan terakhir. Kita belum bertindak haramkan konvoi motosikal,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here