Youtuber hasilkan replika kereta klasik guna kadbod, ini 9 contoh menarik!

4080

Majoriti kotak terpakai atau kadbod biasanya akan dibakar atau dibuang jika tidak digunakan. Namun, jika anda melihat replika kereta klasik yang dihasilkan dengan menggunakan kadbod ini, ia mungkin dapat mencetuskan beberapa idea yang menarik.

kereta klasik kadbod

Satu saluran Youtube iaitu Papa Ken telah memuat naik beberapa video yang memaparkan kemahirannya dalam menghasilkan replika kereta klasik dengan menggunakan kadbod. Bukan sahaja bahagian luar, bahagian dalam dan ruangan enjin juga turut dihasilkan dengan teliti menggunakan kadbod.



Setiap replika kereta klasik dihasilkan dengan skala 1:10 dan mengambil masa selama satu bulan setengah. Berikut adalah beberapa model replika kereta yang dihasilkan menggunakan kadbod oleh saluran Youtube itu.

  1. Nissan Skyline 2000 GT-R

2. Nissan Bluebird 411

3. Nissan Cedric 130

4. Toyota Kujira Crown Wagon surf-style

5. Initial D Toyota AE86

6. Toyota Crown S130

7. Nissan Skyline “Yonmeri” kaido racer

8. Nissan Cube

9. Subaru Impreza

Sumber: japanesenostalgiccar.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here