
Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang membolehkan seluruh rakyat Malaysia kembali menggunakan jalan raya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia kini menyediakan pelanggan mereka dengan servis pemeriksaan 5 bintang secara percuma di semua pusat servisnya di seluruh negara.
Sebahagian dari inisiatif Volkswagen Care, servis ini adalah pemeriksaan visual secara menyeluruh yang akan dilakukan oleh penasihat perkhidmatan bersama dengan pelanggan mereka. Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti masalah yang berlaku pada kenderaan pelanggan.
Perkara yang akan diperiksa ialah keadaan badan dan cat kenderaan, pencahayaan, brek, cermin depan dan tingkap, roda dan tayar. Para pelanggan akan mendapat keuntungan dari servis ini kerana ianya telus, cepat, percuma dan membolehkan mereka membuat keputusan tepat mengenai langkah penyelenggaraan seterusnya yang patut dilakukan.
Mulai hari ini hingga 31 Disember 2020, pemilik kenderaan Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk mendapatkan servis pemeriksaan 5 bintang dan memerlukan penggantian alat ganti dapat menikmati penjimatan tambahan pada komponen yang terpilih. Penjimatan pada komponen terpilih adalah seperti berikut:
Komponen | Penjimatan |
Bateri | Diskaun RM20 setiap set |
Tayar | Diskaun sehingga 20% |
Pad brek | Diskaun RM50 setiap set |
Cakera brek | Diskaun RM50 setiap cakera |
Bahan tambahan bahan bakar | Diskaun RM40 sebotol |
Cecair pembersih cermin depan | Diskaun RM5 sebotol |
Cermin depan | Diskaun 5% seunit |
Bilah pengelap | Diskaun RM20 setiap set |
Catatan: Termasuk terma dan syarat
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar