Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Honda Civic yang baru diberikan facelift pada Februari lepas kini kekal menjadi raja dalam segmen-C di negara ini.
Civic menguasai 70 peratus pasaran segmen-C (sehingga April 2020) dengan 2,900 unit telah terjual setakat ini. Ia juga model ketiga terlaris oleh Honda Malaysia.
Berkenaan warna, White Orchid Pearl menjadi kegemaran rakyat negara ini, dengan 42 peratus dari jumlah jualan adalah warna putih itu.
Honda Malaysia juga mendedahkan, sehingga Jun 2020, model Civic telah menerima lebih 6,500 unit tempahan. Syarikat itu kini sedang berusaha memenuhi permintaan pasaran, tempoh menunggu adalah kira-kira satu bulan.
Pembaharuan utama pada Civic 2020 ini ialah Honda SENSING, iaitu pakej keselamatan canggih dan maju yang juga terdapat pada CR-V dan Accord.
Honda SENSING pada Civic (varian 1.5TC-P sahaja) merangkumi sistem bantuan seperti Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Low Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High-Beam (AHB).
Civic ini juga kini mendapat fungsi Honda LaneWatch (varian 1.5TC dan 1.5TC-P), iaitu kamera pada cermin sisi kiri yang akan membantu pemandu memantau kawasan titik buta di bahagian itu.
Dari segi penampilannya, Honda Civic facelift ini mendapat kemasan hitam di gril depan berbanding krom pada sebelum ini. Lampu depan LED dan lampu kabus LED adalah standard.
Di belakang pula, terdapat spoiler dan kemasan bampar baharu yang juga berwarna hitam. Unik kepada varian 1.5 TC-P ialah rim aloi 18-inci baharu.
Ruang dalaman dikatakan “seperti kenderaan segmen-D”, yang merangkumi tempat duduk kulit, penggilap cermin depan automatik, tempat duduk pemandu berkuasa dengan 8-pelarasan, dan penampilan suis stereng yang dikemaskini.
Varian 1.5TC-P dan 1.5TC dikuasakan oleh enjin 1.5-liter VTEC Turbo L15B7 yang menjana 173hp dan 220Nm tork. Untuk varian 1.8S pula, enjin 1.8-liter naturally-aspirated ini menghasilkan 141hp dan 174Nm tork. Tidak kira enjin mana pun, transmisi adalah sama iaitu CVT Earth Dreams.
Ciri standard lain adalah brek parkir elektrik, butang hidup enjin kawalan jauh, unit infotainmen dengan paparan 7-inci, 6 beg udara, pengesan parkir depan, Vehicle Stability Assist, Agile Handle Assist, ABS, EBD, Brake Assist, Emergency Stop Signal, Hill Start Assist dan kamera undur.
Berikut adalah harga terkini Honda Civic dengan pengecualian cukai:
Civic 1.8S
Standard – RM109326.51
White Orchid Pearl – RM109,599.24
Civic 1.5TC
Standard – RM125,081.09
White Orchid Pearl – RM125,353.82
Civic 1.5TC-P
Standard – RM134,661.28
White Orchid Pearl – RM134,934.00
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar