Volvo Cars mengumumkan akan memanggil semula sekitar 2.2 juta kenderaan mereka yang dihasilkan sekitar tahun 2006 hingga 2019 kerana terdapat masalah pada tali pinggang keledar.
Panggilan semula ini merupakan yang terbesar pernah dilakukan oleh syarikat tersebut.
Menurut Volvo, pihak mereka akan menghubungi pemilik model yang berkaitan, iaitu model V60, V70 dan XC60, dan meminta mereka menghubungi pengedar Volvo berdekatan untuk mendapatkan servis baik pulih secara percuma.
Volvo juga berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh tali pinggang keledar. Langkah ini dilakukan sebagai pencegahan untuk mengelakkan timbulnya masalah pada masa yang akan datang.
“Masalah ini berkaitan dengan kabel keluli yang disambungkan pada tali pinggang keledar di bahagiah hadapan. Kabel ini berkemungkinan mudah haus dalam keadaan yang tertentu dan dapat mengurangkan fungsi tali pinggang keledar”, kata Volvo.
Menurut jurucakap Volvo, syarikat itu tidak akan mengulas mengenai kos penarikan balik tersebut.
Sumber: reuters
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar