5 motosikal dengan harga paling mahal di dunia

5007

Motosikal jika dibandingkan dengan kenderaan lain, mempunyai saiz yang lebih kecil, tayar dan jumlah penumpang yang lebih sedikit. Namun begitu, sesetengah motosikal juga mempunyai harga yang lebih mahal berbanding kenderaan lain.

motosikal mahal

Motosikal yang mahal ini biasanya disertakan dengan teknologi dan prestasi enjin yang jauh lebih berkuasa dari kenderaan yang lain. Disini, kami akan senaraikan 5 motosikal dengan harga termahal di dunia.



  1. Medusa (melebihi RM4.3 juta)

Medusa adalah salah satu motosikal paling pelik dan termahal di dunia. Diilhamkan dari mitologi Yunani Kuno, Tarhan Telli dari TT Custom Choppers telah mencipta motosikal unik ini, yang kelihatan seperti barang yang sudah sangat lama.

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 1.8-liter V-Twin yang mampu menghasilkan sehingga 125 hp, dan disertakan dengan kotak gear 6-kelajuan. Menurut sumber, Medusa dikatakan bernilai melebihi USD 1 juta (RM4.3 juta).

2. Harley-Davidson Cosmic Starship (RM4.3 juta)

Harley-Davidson Cosmic Starship telah direka oleh seorang seniman iaitu Jack Armstrong. Motosikal ini dikatakan bernilai USD 1 juta (RM4.3 juta) dan pertama kali diperkenalkan pada bulan October 2010 di Marina Del Rey, California.

3. Lauge Jensen Goldfinger (RM3.6 juta)

Motosikal dengan warna serba keemasan ini dihasilkan oleh Lauge Jensen. Ia disertakan dengan enjin 1,807cc silinder berkembar yang mampu menghasilkan sehingga 90hp pada 3,200 rpm. 

Menurut sumber, harga motosikal ini mencecah sehingga USD850,000 (RM3.6 juta).

4. AJE E95 Porcupine (RM2.9 juta)

AJS adalah syarikat pengeluar motosikal yang berjaya pada separuh pertama abad ke-20. Salah satu ciptaan mereka iaitu E95 Porcupine merupakan salah satu motosikal rare yang terdapat pada masa kini. 

Dengan usianya yang kini mencecah 60 tahun, motosikal ini dijual dengan harga USD675,000 (RM2.9 juta).

5. Yamaha Roadstar Nehmesis (RM2.14 juta)

Syarikat ubah suai motosikal di Florida, Amerika Syarikat iaitu BMS Choppers telah mengubah suai sebuah Yamaha Road Star.

Motosikal sepanjang 2.5 meter ini kelihatan sangat menakjubkan. Nama motosikal custom ini diberi sempena dengan nama pemilik syarikat ubah suai motosikal tersebut iaitu Sam Nehme. Ianya kini berharga sekitar USD500,000 (RM2.1 juta).

Sumber: luxatic.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here