Toyota GR Yaris mampu milik dari Tamiya!

2673

Toyota GR Yaris walaupun model permulaan dalam Gazoo Racing, ianya bukanlah model biasa-biasa. Tetapi seperti kecil-kecil cili api; dikuasakan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia, dengan 257hp dan 370Nm tork.

Harga jangkaannya ialah sekitar RM300,000, mungkin tidak termampu oleh kebanyakan kita. Tetapi mujurlah, ada versi lebih mampu milik iaitu Tamiya Mini 4WD berskala 1/32.



Kit model ini berharga 1,120 Yen (RM48) iaitu kira-kira 6,250 kali lebih murah dari GR Yaris sebenar. Tidak seperti kit Mini 4WD model Toyota lain seperti LMP1 TS 050 Hybrid, Yaris WRC dan GR Supra sebelum ini yang menggunakan casis MA, GR Yaris ini akan mendapat casis VZ.

Casis VZ. Imej: TamiyaBlog

Untuk cowl atau kanopinya, kit GR Yaris ini diperincikan dengan baik. Ia mendapat pelekat lampu, gerbang roda agresif, bumbung gentian karbon dan rim 18-inci berwarna hitam yang sporti.

Kit ini akan dilancarkan pada 8 Ogos 2020 nanti. Adakah anda membelinya?

Untuk harga itu, kami rasa ia satu pembelian yang berbaloi untuk pengumpul Tamiya dan peminat Toyota GR Yaris.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here