Valtteri Bottas menjuarai Grand Prix Austria untuk pasukan Mercedes di litar Red Bull Ring. Perlumbaan ini merupakan perlumbaan pertama siri Formula 1 2020 yang disambung semula setelah ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.
Dominasi Mercedes dicabar hebat oleh pasukan Red Bull, dimana Max Verstappen pada mulanya berada di tempat kedua mengalami masalah kerosakan elektrik pada jenteranya.
Menjelang akhir perlumbaan, Alex Albon sempat memberi saingan apabila mengatasi Lewis Hamilton untuk berada di kedudukan kedua namun dia juga turut mengalami kemalangan.
Seorang lagi pelumba Mercedes iaitu Lewis Hamilton berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua namun terpaksa berpuas hati berada di kedudukan kelima setelah dikenakan penalti.
Dengan penalti yang dikenakan kepada Hamilton, pemandu Ferrari, Charles Leclerc, menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti Lando Norris dari McLaren di tempat ke tiga.
“Lewis sangat pantas hari ini tetapi saya masih mampu bertahan. Tidak ada cara yang lebih baik untuk memulakan musim daripada ini,” kata Bottas.
Berikut adalah keputusan penuh Grand Prix Austria.
Siri Formula 1 seterusnya iaitu GP Steiermark yang juga akan diadakan di litar Red Bull Ring dan akan berlangsung pada 10-12 Julai.
Sumber: motorsport.com
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar