Motosikal perang dunia ke-2 ini untuk dijual, laku ke RM59k?

3390

Sebuah motosikal di Indonesia yang pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua kini sedia untuk dijual dengan harga RP199,999,000 (RM59,304).

motosikal perang dunia ke-2

Motosikal antik yang dikenali sebagai BSA M21 keluaran tahun 1944 ini dipercayai pernah dimiliki oleh orang asing yang pernah tinggal di sana.



Dokumen penting mengenai motosikal antik ini juga masih lengkap dan walaupun hanya disimpan, motosikal ini masih berada dalam keadaan baik dan boleh ditunggang di jalan raya.

Apa yang unik, BSA M21 dilengkapi dengan sidecar yang sangat jarang ditemui pada zaman sekarang.

“BSA M21, biasanya sudah dilengkapi dengan sidecar manakala untuk BSA M20, biasanya tidak,” kata Yoga Swara sebagai penjual motosikal antik tersebut.

Motosikal ini juga dikuasakan oleh enjin 4-lejang dengan kapasiti 600cc. “Dibuat di England pada tahun 1944 dan merupakan motosikal Perang Dunia Kedua,” tambah Yoga.

motosikal perang dunia ke-2

Walaupun badan dan enjin masih merupakan komponen asli motosikal tersebut, terdapat satu komponen yang telah diubah iaitu karburetor. Motosikal ini kini menggunakan karburetor dari Jepun. 

Kerana motosikal ini sangat rare, ramai peminat motosikal klasik berminat untuk mendapatkannya. Ada juga diantara mereka menawarkan untuk swap dengan sebuah kereta.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here