Ini dia koleksi kereta milik Kanye West, dari kereta terpantas hingga kalis peluru

2940

Bintang rap Amerika Syarikat, Kanye West mencipta berita sensasi di seluruh dunia dalam Tweetnya, apabila mencalonkan dirinya sebagai Presiden Amerika Syarikat. Salah satu syarat untuk menjadi orang nombor satu di negara tersebut ialah memiliki aset dan kekayaan yang banyak.

Kanye West

Kekayaan suami kepada Kim Kadarshian itu juga dikatakan mencecah USD1.3 bilion (RM5.6 bilion). Kekayaan ini termasuk beberapa buah kenderaan mewah miliknya yang mencecah jutaan dollar.



Berikut ialah senarai kenderaan yang dimiliki Kanye West.

  1. Mercedes SLR Stirling Moss Edition

Kanye West

Mercedes-Benz SLR Stirling Moss adalah kereta edisi terhad yang dihasilkan untuk meraikan Mercedes-Benz SLR 300 dari tahun 1955 dan pemandunya, Stirling Moss.

Kereta ini dikuasakan oleh enjin V8 5.4-liter SLR AMG yang mampu menghasilkan sebanyak 651hp pada 6,500rpm dan 820Nm tork pada 4,000rpm. Ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 349km/j.

Berharga USD1.95 juta (RM8.3 juta) ketika pertama kali diperkenalkan, harga jentera ini telah meningkat sehingga USD5.8 juta (RM24.7 juta).

2. Bugatti Veyron

Pada tahun 2014, terdapat sumber yang mengatakan Kanye West memiliki kereta terpantas di dunia iaitu Bugatti Veyron. Supercar ini dikuasakan oleh enjin W-16 8.0-liter yang mampu menghasilkan sehingga 1,001hp.

Ia juga mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 400km/j dan memecut dari 0-96km/j dalam masa hanya 2.6 saat. Ketika pertama kali diperkenalkan, harga supercar ini mencecah USD3.54 juta (RM15.1 juta).

3. Dartz Prombron

Dartz Prombron ini memiliki kelebihan dalam ciri keselamatan kerana diperbuat dari bahan kalis peluru. Produk keluaran syarikat dari Russia ini dikatakan berharga sekitar USD2.2 juta (RM9.4 juta).

Selain tiga kereta yang kami senaraikan ini, Kanye West juga diketahui mempunyai koleksi kereta mewah yang lain, iaitu Lamborghini Aventador, Lamborghini Gallardo, Lamborghini Urus, Aston Martin DB, Porsche Panamera dan Porsche 911.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here