Pihak polis di Amerika Syarikat sedang menghadapi krisis keyakinan dari masyarakat mereka sejak tragedi yang menimpa George Floyd. Oleh itu, mereka perlu melakukan sesuatu supaya dapat mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap mereka.
Pada hujung bulan lalu, beberapa orang pegawai polis di Dallas, Amerika Syarikat telah mengambil bahagian dalam satu perlumbaan drag.
Walaupun perlumbaan yang diadakan di litar Yello Belly di Grand Prairie, Texas tersebut adalah perlumbaan yang sah, ianya telah tular kerana kereta peronda polis telah digunakan untuk perlumbaan.
Beberapa gambar dan rakaman video telah diambil dan ianya kini sedang tersebar di media sosial. Setelah tular, kes ini akan disiasat dan nasib dua anggota polis yang menyertai perlumbaan ini akan ditentukan.
Apa yang menarik, tindakan anggota polis yang menyertai perlumbaan ini disokong pula oleh masyarakat setempat. Menurut mereka, tindakan tersebut adalah sebahagian dari proses komunikasi antara anggota polis dengan masyarakat setempat.
Dalam video tersebut juga, kelihatan ramai masyarakat datang untuk menyaksikan perlumbaan dan menyokong dua pegawai polis tersebut. Reaksi baik dari masyarat ini merupakan perkara yang sangat diperlukan oleh pihak polis Amerika Syarikat buat masa ini.
“Di mata masyarakat, kami melihatnya sebagai tanda positif, berdasarkan apa yang telah kami lakukan di negara ini. Kami rasa tidak adil jika mereka dipersalahkan,” kata seseorang sebagai tindakan sokongan kepada pihak polis.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar