Marc dan Alex Marquez perkenalkan topi keledar khas bagi penghormatan kepada pekerja barisan hadapan

2672

Pelumba pasukan Repsol Honda iaitu Marc Marquez dan Alex Marquez telah memperkenalkan reka bentuk topi keledar khas mereka menjelang MotoGP Sepanyol.

Marc Alex Marquez

Reka bentuk topi keledar ini dicipta sebagai penghormatan kepada pekerja barisan hadapan yang telah bekerja keras sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.



Kedua-dua topi keledar tersebut akan disertakan dengan slogan ‘Pushing Ahead Together‘ pada bahagian belakang, dan disertakan dengan gambar elemen perkara yang selalu dilakukan oleh Marc dan Alex Marquez sepanjang perintah lockdown

Topi keledar untuk Marc disertakan dengan campuran warna oren dan putih, manakala untuk Alex disertakan dengan campuran warna biru dan putih.

Kedua-dua topi keledar tersebut kemudiannya akan dilelong bersama dengan sarung tangan dan kasut yang dipakai oleh kedua adik-beradik ini pada MotoGP Sepanyol. Hasil daripada lelongan tersebut kemudiannya akan disumbangkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Sepanyol.

Lelongan ini akan bermula pada 17 Julai, bersamaan dengan hari pembukaan MotoGP Sepanyol dan akan berakhir 10 hari kemudian iaitu pada 27 Julai. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.catawiki.es/Marquezforcovid19.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here