Santai dengan Vespa merupakan gaya hidup yang didambakan di negara kita. Sejarahnya yang luar biasa dan pertumbuhan ikonik sekitar tahun 60-an adalah zaman legenda dalam sejarah perlumbaan.
Hasil penilaian sukan elegan tersebut maka jurutera pereka Vespa berjaya mengilhamkan siri khas Vespa baru, yang terdiri daripada Vespa GTS Super 300 dan Vespa Sprint 150 “Racing Sixties,” demikian ucapan Rewi Hamid Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd.
Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd telah melancarkan edisi khas 2020 Vespa Racing Sixties terbaru. Dua model siap dipakai, iaitu Vespa Sprint 150 ABS dan Vespa GTS 300 Super.
Edisi Vespa Sprint Racing Sixties dengan tempat duduk baru,roda berwarna emas bersaiz 12-inci,dikuasai oleh enjin 150cc satu-silinder i-Get yang menghasilkan sekitar 12.7hp pada 7.750 rpm dan 12.8Nm tork maksimum pada 6,500rpm.
Edisi Vespa Sprint Racing Sixties hadir dengan warna putih / merah serta grafik kuning / hijau. Harga yang ditawarkan RM19.100.
Bagi varian GTS juga dipersiapkan dengan tempat duduk baru, rim berwarna emas bersaiz 12-inci, 278cc sudah semestinya merupakan enjin silinder tunggal yang kuat menghasilkan 22.7hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 25.6Nm pada 5,500rpm.
Varian GTS hadir dengan skema warna kuning / hijau yang halus (juga pilihan merah / putih). Harga yang ditawarkan untuk varian GTS ialah RM31,400 (harga tidak termasuk cukai jalan & insurans).
Vespa Malaysia juga menawarkan pelbagai helai pakaian jalanan dan helmet yang sepadan dengan warna. Ini termasuk t-shirt, baju sejuk, dan banyak lagi.