Benelli Leoncino 500 kini dengan warna baharu

2884

Sudah agak lama Motoqar tidak berpeluang menguji jentera dua roda Benelli. Adakah tidak mendapat undangan semasa perasmian model terkini Benelli atau pun Benelli ketandusan jentera di pasaran negara kita.

Itu bukanlah isu yang dipertikai, menjadi tugas Motoqar dalam menyebarkan info terkini perihal motosikal yang terdapat dipasaran Malaysia buat tatapan pembaca setia Motoqar. Kami sedaya upaya akan memenuhi kehendak peminat setia Motoqar.



Paparan Motoqar kali ini berhubungkait model Benelli Leoncino 500 yang disahkan sebagai pengeluaran untuk tahun 2020.

Leoncino 500 sebuah motosikal hadir dengan reka bentuk konsep klasik retro yang digabungkan dengan teknologi moden.Menurut perekanya Centirostile Benelli,motosikal ini direka semula dan hasilnya melambangkan keperibadian Leoncino sendiri.

Ianya diilhamkan lebih dari satu abad lalu mengikut rekabentuk asalnya.Kemunculan ikon Pesaro Lion di fender depan menonjolkan keaslian rekaan dari hati yang suci.

Walaupun Motoqar belum berpeluang menguji model ini, dapat diperhatikan Leoncino 500 sebuah motosikal laju. Berteknoloji moden lampu LED serta lampu depan yang terkini panel meter, fork USD dan Monoshock belakang yang boleh diubahsuai.

Tersergam dwi cakera di roda depan berukuran 320 mm dengan empat piston dan cakera tunggal belakang 260 mm dengan piston tunggal juga dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Sistem keselamatan berkategori baik.

Beratnya dikatakan 196kg dan dilengkapi dengan tangki petrol 12.7 liter.Bukan setakat itu saja, Leoncino 500 dilengkapi dengan tayar Pirelli Angel 120/70 di bahagian depan dan 160/60 di belakang untuk memberikan prestasi dan keselesaan ketika menunggang.

Menurut Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn.Bhd. Tuan Asri Ahmad, Leoncino 500 akan menamatkan pengeluaran pada pertengahan bulan Julai dan akan tersedia untuk semua pengedar Benelli yang sah di seluruh negara.

Leoncino ini dilengkapi dengan jaminan produk selama 2 tahun atau 20,000 km mana yang lebih dahulu.

Benelli Leoncino 500 dikuasakan oleh enjin empat silinder 499.6cc, Inline dua silinder, penyejukan cecair ditambah dengan transmisi enam kelajuan yang mampu menghasilkan 35kW pada 8,500 rpm dan tork 45 Nm.

Motosikal Leoncino yang legenda adalah salah satu produk Benelli yang paling popular, kini kembali dengan 3 warna terbaru iaitu Matt Red, Matt Green dan Matt Gray dengan harga pasaran RM29,288.00.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here