Tempahan Kawasaki Ninja ZX-25R dibuka di Indonesia, harga bermula dari RM28k

2524

Kawasaki Ninja ZX-25R kini secara rasmi telah hadir di pasaran Indonesia, walaupun diperkenalkan secara maya disebabkan pandemik Covid-19

Kawasaki Ninja ZX-25R

Sebelum diperkenalkan, beberapa pusat pengedar di Indonesia dikatakan telah membuka tempahan untuk motosikal ini. Namun, berita ini dipastikan melalui kenyataan yang dibuat oleh Michael C Tanadi, Wakil Ketua & Promosi Penjualan PT Kawasaki Motor Indonesia (KMI).



Menurut Michael, tempahan secara rasmi telah dibuka pada 11 dan 12 Julai 2020. Sekiranya terdapat pusat pengedar mengambil tempahan sebelum tarikh itu, ia tidak berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh KMI.

“Kami akan mengutamakan pesanan melalui saluran yang betul,” kata Michael.

PT KMI juga secara ringkas telah mengumumkan pra-tempahan motosikal ini melalui akaun Instagram rasmi mereka. Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan sebanyak Rp5 juta (sekitar RM1,500).

Batch pertama untuk tempahan motosikal ini hanya terhad kepada 200 orang sahaja, masing-masing sebanyak 100 unit pada 11 dan 12 Julai 2020.

Sementara itu, PT KMI telah menyasarkan untuk menjual 2,000 unit Kawasaki Ninja ZX-25R menjelang tahun depan. Motosikal ini akan mula diedarkan kepada pelanggan mulai bulan Ogos 2020.

Untuk makluman, di Indonesia, harga motosikal ini mencecah hingga Rp96 juta (RM28,373) untuk varian standard. Manakala untuk Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE, harganya lebih tinggi iaitu pada Rp112.9 juta (RM33,367).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here