Pol Espargaro telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama pasukan Repsol Honda, sementara Alex Marquez akan berpindah ke pasukan LCR Honda untuk menggantikan Cal Crutchlow.
Siri perlumbaan MotoGP akan dimulakan semula pada 19 Julai di Litar Jerez, Sepanyol tanpa kehadiran penonton.
Alex Marquez yang merupakan juara Moto2 tahun lepas masih akan berlumba dengan pasukan Repsol Honda pada musim ini sebelum berpindah ke pasukan LCR Honda hingga tahun 2022.
Sementara itu, KTM telah mengumumkan Miguel Oliveira sebagai pengganti kepada kepada Pol Espargaro di pasukan mereka.
“HRC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cal Crutchlow atas kerja kerasnya sepanjang bergabung dengan HRC pada tahun 2015.”
“Dengan 3 kejuaraan dan 12 kedudukan podium, Crutchlow telah menjadi aset penting untuk pasukan,” kata Honda.
Berikut adalah senarai pelumba MotoGP 2021 setakat ini:
Repsol Honda:
– Marc Marquez
– Pol Espargaro
Monster Yamaha:
– Maverick Vinales
– Fabio Quartararo
Ducati Team:
– Jack Miller
– Andrea Dovizioso (akhir 2020)
Suzuki:
– Alex Rins
– Joan MirEspargaro
Red Bull KTM:
– Miguel Oliveira
– Brad Binder
Aprilia Gresini
– Aleix Espargaro
– Andrea Iannone (akhir 2020)
Tech3 KTM:
– Danilo Petrucci
– Iker Lecuona
LCR Honda:
– Alex Marquez
– Takaaki Nakagami (akhir 2020)
Pramac Ducati:
– Francesco Bagnaia (akhir 2020)
– TBA (Jorge Martin)
Avintia Racing:
– Johann Zarco (akhir 2020)
– Tito Rabat
Petronas Yamaha Sepang Team:
– Franco Morbidelli
– TBA (Valentino Rossi)
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar