Volkswagen ID.3 akan mula dipasarkan di Eropah mulai 20 Julai 2020

1211

Volkswagen ID.3 yang baru akan mula dipasarkan pada 20 Julai 2020 di beberapa negara Eropah, dan menawarkan pilihan sehingga tujuh variandan pilihan pesanan alat pengecasan.

Varian tersebut adalah Life, Style, Business, Family, Tech, Max dan Tour.

Volkswagen ID.3



Di Jerman, Volkswagen ID.3 Pro Performance telah mula diperkenalkan dengan harga USD40,600 (RM173,138).

Ciri-ciri yang disertakan pada model ini termasuk pek bateri 58kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 420km pada kitaran WLTP, motor elektrik 201hp yang menggerakkan roda belakang dan pengisian pantas sehingga 100kW.

Selain itu, model ini juga menyediakan sistem navigasi dengan mod jarak yang optimum, sistem kawalan adaptive cruise dan sistem pengecasan tanpa wayar.

Volkswagen ID.3

Sebagai ciri tambahan kepada tujuh varian dinyatakan di atas, pelanggan di Jerman akan berpeluang untuk memesan model yang disertakan dengan pek bateri yang lebih besar iaitu 77kWh, iaitu varian Tour.

Harga untuk Volkswagen ID.3 dengan pek bateri 77kWh ini bermula pada USD46,705 (RM199,173).

Pek bateri yang besar ini akan membolehkan ID.3 mempunyai jarak pemanduan sehingga 550km dan keupayaan pengisian pantas sehingga 125kW.

Untuk varian Tour yang berharga USD52,389 (RM223,412), ia dilengkapi dengan lampu LED matrix, tempat duduk khas dengan ciri kerusi urut 12 arah, semua sistem bantuan pemandu yang tersedia sebagai standard, dan roda aloi 19-inci.

Volkswagen ID.3

Pelanggan juga boleh membuat pilihan samada penghantaran Volkswagen ID.3 ini dibuat pada awal bulan Oktober atau pada awal tahun 2021.

Bagi sesiapa yang mahukan penghantaran pada awal bulan Oktober, kereta mereka tidak akan dilengkapi dengan sistem AppConnect dan fungsi paparan head-up augmented reality (sekiranya tahap trim Max dan Tech) sehingga suku pertama tahun 2021.

Volkswagen juga merancang untuk memperkenalkan varian ID.3 yang lebih berpatutan dengan penggunaan bateri 45kWh dan mempunyai jarak perjalanan sejauh 330km dalam masa yang terdekat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here