Dato’ Seri Vida tawar Brabus G700 6×6 untuk Cik B, tapi bersyarat

4330

Umum mengetahui usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida sentiasa memberi dorongan kepada anak perempuannya, Cik B untuk tampil lebih feminin, kurus dan putih.

Dato' Seri Vida

Namun perbualan dua beranak itu di aplikasi WhatsApp yang dikongsi Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin di Twitter mencuit hati netizen.



Menerusi paparan skrin mesej tersebut, Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menawarkan untuk membelikan kereta mewah jenis Brabus G700 6×6 yang dikatakan berharga sekitar RM3.2 juta kepada anaknya itu.

Dato' Seri Vida

Namun Cik B perlu mengikut syarat ditetapkan iaitu perlu perlu menurunkan berat badan dan memiliki kulit yang putih sebelum permintaan itu ditunaikan ibunya.

Untuk makluman, Brabus G700 6×6 ialah SUV yang diasaskan dari Mercedes-AMG G63 6×6, dan pertama kali diperkenalkan di Frankfurt Motor Show 2013.

Jentera gergasi ini dikuasakan oleh enjin V8 5.5-liter yang mampu menghasilkan sehingga 690hp pada 5,300rpm dan 960Nm tork pada 2,000-4,500rpm.

Brabus G700 6×6

Kelajuan maksimum jentera ini terhad kepada 160km/j sahaja. Ia juga dilengkapi dengan transmisi automatik AMG Speedshift Plus 7G-Tronic dari Mercedes-Benz yang menghantar kuasa ke semua enam roda.

Adakah anda rasa Cik B berjaya memiliki Brabus G700 ini nanti?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here