Sistem penghawa dingin sebuah Bugatti mampu sejukkan sebuah rumah pangsapuri di Eropah

3001

Sistem penghawa dingin kereta adalah bahagian yang paling penting dan perlu ada pada sesebuah kereta pada hari ini. Mula diperkenalkan pada tahun 1933, pemasangan sistem ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang sesebuah kereta.

Pemasangan sistem ini sebenarnya bukalah satu perkara yang mudah, kerana sesebuah unit penghawa dingin mestilah bersesuaian dengan fungsi sesebuah kereta. Oleh itu, seorang pereka sistem penghawa dingin Bugatti, Julie Lemke telah memberi penerangan tentang pemasangan sistem ini pada kereta Bugatti.



Lemke telah bekerja di industri automotif sejak tahun 2013 dan bersama Bugatti sejak empat tahun lalu.

Sistem Penghawa dingin Bugatti

Menurut Lemke, salah satu cabaran semasa pemasangan sistem penghawa dingin sesebuah kereta Bugatti ialah suhu optimum pada seseorang. Dalam hal ini, dia akan memastikan sistem penghawa dingin akan berfungsi dengan cepat tanpa menghasilkan bunyi. 

Antara cabaran lain ialah kelajuan sesebuah kereta. Oleh kerana kereta seperti Bugatti Chiron, Divo, dan Chiron Pur Sport mampu mencapai kelajuan yang luar biasa, sistem penghawa dingin pada kereta ini berbeza dari yang terdapat pada kereta biasa. 

Ianya berubah mengikut kelajuan, dimana satu ruangan kabin hanya akan menerima udara luar dengan kelajuan 250km/j.

Selain itu, cermin hadapan sesebuah kereta Bugatti juga mempunyai sudut 21.5 darjah, berbanding 30 darjah pada sebuah kereta biasa. Ini akan menyebabkan lebih banyak haba dan cahaya matahari memasuki ruang kabin.

Sistem Penghawa dingin Bugatti

Untuk menyelesaikan masalah dan menghadapi cabaran ini, Lemke berkata sesebuah kereta Bugatti akan disediakan dengan pemampat (compressor) penghawa dingin yang mempunyai kapasiti penyejukan sehingga 10kW (13hp). 

Menurut Bugatti, pemampat penghawa dingin dengan kapasiti tersebut mampu untuk menyejukkan sebuah rumah pangsapuri di Eropah yang berukuran 80 meter (861 kaki) persegi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here