Ferrari F40 terbabit kemalangan ketika sesi pandu uji di Australia, semakin berkurang jentera ini

2571

Pada akhir tahun 80-an, kilang pemasangan Ferrari di Maranello mula memasang salah satu supercar paling menakjubkan yang pernah dihasilkan, iaitu Ferrari F40.

Ferrari F40

Kini, status kereta tersebut sebagai ikon automotif tidak dapat dipertikaikan lagi. Sesiapa sahaja yang memiliknya sudah tentu perlu menghabiskan jutaan ringgit. Jadi, kereta ini bukanlah satu model yang kita mahu lihat untuk mengalami kerosakan, terutama apabila kita memandunya.



Bagaimanapun, hal ini berlaku di Queensland, Australia, dimana seseorang yang memandu sebuah Ferrari F40 dipercayai hilang kawalan semasa melakukan sesi pandu uji. Berdasarkan gambar yang tersebar di laman sosial, kereta itu mengalami kerosakan yang teruk.

Ferrari F40

Menurut pihak berkuasa Australia, pemandu tersebut dikatakan melanggar beberapa tiang sebelum melanggar sebuah pokok. Berdasarkan keadaan kereta tersebut, pemandunya dipercayai telah memandu dalam kelajuan yang tinggi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di jalan Beaudesert Nerang berhampiran Canungra sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan. Mujurlah penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan yang serius dalam kemalangan itu.

Menurut Mercury, hanya ada dua buah Ferrari F40 yang disenaraikan untuk dijual di Australia. Satu daripadanya berada di Sydney yang berharga USD1.67 juta (RM7.1 juta) dan satu lagi berada di Brisbane, yang berharga USD1.89 juta (RM8 juta).

Mercury juga berkata bahawa terdapat kurang dari 24 model ini yang berada di Australia, dan jumlah tersebut sudah tentu berkurang kerana kejadian ini.

Ferrari F40 dihasilkan antara tahun 1987 hingga tahun 1992. Ianya dikuasakan oleh enjin V8 2.9-liter turbocharged (471hp) dan digabungkan dengan transimisi manual 5-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here