Dymaxion, sebuah kenderaan yang direka untuk digunakan di darat, air dan udara

2985

Menghasilkan kenderaan yang boleh digunakan di darat, air dan udara bukanlah satu perkara yang mustahil pada masa kini. Bahkan pada zaman dahulu, sudah terdapat kenderaan yang boleh diguna dalam tiga keadaan ini.

Dymaxion

Walaupun berstatus prototaip, pereka yang berasal dari Amerika Syarikat iaitu Buckminster Fuller berjaya mencipta kenderaan yang dapat digunakan di darat, air dan udara. Kenderaan ini dikenali sebagai Dymaxion, dan nama ini diilhamkan dari gabungan perkataan dynamism, maximum dan tension.



Kenderaan ini direka dengan bentuk seperti kapal terbang dan disertakan dengan sistem pacuan roda belakang, stereng yang mengawal roda belakang dan enjin yang diletakkan di bahagian belakang sama seperti sebuah kapal terbang yang sebenar.

Prototaip pertama Dymaxion diperkenalkan pada tahun 1933-1945 di salah satu pameran kenderan. Kenderaan ini banyak menarik minat pengunjung pada masa itu. Ia berukuran 6.1 meter dan mampu membawa 11 penumpang. 

Dymaxion

Ia juga dikatakan mampu memecut hingga 206km/j dan tahap penggunaan bahan api  sebanyak 36mpg (6.5-liter/100 km).

Dikuasakan oleh enjin V8 Ford flathead dan sistem transmisi dari Ford, bahagian badan kenderaan ini juga dihasilkan menggunakan aluminium yang sangat ringan. Seorang arkitek tentera laut iaitu Starling Burges turut membantu dalam penghasilan bahagian badan kenderaan ini.

Sayangnya, usia kenderaan ini tidak lama. Ia kini sudah rosak teruk, selepas dilanggar oleh kereta lain yang berada pada kelajuan 112km/j. Bagaimanapun, Fuller tidak berputus asa dan berusaha untuk menghasilkan prototaip kedua dan prototaip ketiga kenderaan ini.
 
 
Daripada dua unit prototaip tersebut, prototaip keduanya kini berada di muzium National Automobile yang terletak di Nevada, Amerika Syarikat.
Ketiga-tiga prototaip kenderaan ini difahamkan sudah digunakan di seluruh Amerika Syarikat untuk mempromosikan semua jenis barang, termasuk bahan api jet. Prototaip ketiga difahamkan dipandu sejauh 482,803km sebelum dimunsahkan.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here