Dua pemuda dari Vietnam membuktikan bahawa kreativiti mampu menghasilkan replika Lamborghini Aventador dengan menggunakan kadbod. Replika ini juga dikuasakan oleh sebuah enjin motosikal dengan kapasiti 150cc.
Video proses penghasilan replika ini dimuat-naik di Youtube, menerusi saluran NHẾT TV. Saluran ini sejak 18 bulan yang lalu telah banyak memuat naik video proses menghasilkan pelbagai replika kereta dan motosikal yang agak menarik.
Projek untuk menghasilkan replika Lamborghini Aventador ini telah dihasilkan sejak Mac. Mereka mula menghasilkan casis replika tersebut, dengan mencamtumkan beberapa kepingan keluli dan disusuli sistem elektronik.
Kesemua bahan yang digunakan untuk menghasilkan replika ini adalah dari bahan buangan dan murah. Apabila casis selesai dihasilkan, kerja-kerja penghasilan badan replika mula dibuat, dengan menggunakan kadbod.
Disebabkan struktur kadbod tidak terlalu kuat, sebahagian besar badan replika ini dilapisi gentian kaca (fiberglass), untuk membuatkan struktur badan replika lebih keras.
Kami telah menyertakan beberapa video projek penghasilan replika ini di bawah. Tetapi jika anda menuju ke saluran YouTube, anda akan dapati terdapat kira-kira 20 video yang memperincikan pembuatan Lamborghini ‘bajet’ ini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar