Topeng muka VR46 mula dijual, RM38 sekeping

1612

Penggunaan topeng muka sangat penting pada masa kini, berikutan pandemik Covid-19 yang masih aktif dan tersebar di seluruh dunia.

Bagi peminat sukan MotoGP, nama Valentino Rossi sudah tidak asing lagi dalam sukan ini. Ini kerana, pelumba yang sering digelar sebagai ‘Living Legend’ ini telah mencapai banyak pencapaian sepanjang kariernya.



Kerana sangat memintai VR46, banyak peminat di luar sana ingin memiliki pakaian atau barang khas yang berkaitan dengan pelumba kelahiran Itali ini.

Kini, topeng muka khas VR46 telah diperkenalkan, hasil kerjasama dengan syarikat Trére Innovation.

Dihasilkan di Itali dan disertakan dengan Oekotex Standard 100, topeng muka ini diperbuat dari bahan Hover Tex, Textile Nano dan serat sintetik berteknologi tinggi. Ia sangat sesuai digunakan untuk semua aktiviti di ruangan terbuka.

topeng muka VR46

Topeng muka VR46 ini direka supaya lebih ringan dan ergonomik supaya penggunanya boleh bernafas dengan selesa, anti alergik, kalis air, dan boleh dibasuh semula pada suhu 60 darjah celsius.

Tujuan penghasilan topeng muka ini semestinya untuk membantu mengurangkan penyebaran pandemik Covid-19, dan menyesuaikan diri dengan hubungan baru antara masyarakat dan komuniti.

Topeng muka VR46 kini sedia dijual dengan harga £6,99 (RM37.75) sekeping. Untuk membelinya, anda boleh layari vr46.com.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here