Lamborghini kini akan menampilkan versi lebih rare untuk model Aventador SVJ Roadster, dimana model ini akan didatangkan dengan Xago Edition.
Hanya 10 unit akan dihasilkan dan cara untuk mendapatkan jentera ini adalah dengan mengkonfigurasinya melalui studio maya Ad Personam yang baru dari Automobili Lamborghini.
Studio maya ini membolehkan para pembuat kenderaan menawarkan sesi rundingan kepada pelanggan di seluruh dunia, yang ingin mengubahsuai Lamborghini mereka tanpa perlu ke jabatan pakar Ad Personam yang terletak di Sant’Agata Bolognese, Itali.
Mulai bulan ini, para pelanggan dapat membuat pra tempahan sebagai rundingan awal yang akan berlangsung sekitar dua jam di pusat jualan masing-masing samada di bilik pameran atau lokasi lain.
Semasa panggilan video dilakukan, mereka akan diberi bantuan untuk memilih banyak pilihan yang terdapat di Ad Personam, melalui cadangan reka bentuk secara live dan cadangan konfigurasi dari pasukan Ad Personam.
Selepas sesi rundingan, pelanggan akan diberi cadangan penuh, termasuk lakaran dan contoh dari bahan yang disertakan.
Sebagai sambutan kepada kemudahan Ad Personam yang baru ini, Lamborghini telah memperkenalkan Aventador SVJ Xago Edition, yang khas kepada 10 pelanggan yang bertuah sahaja.
Menurut Lamborghini, reka bentuk jentera edisi terhad ini diilhamkan dari struktur awan berbentuk heksagon di Kutub Utara planet Zuhal. Xago Edition pada asasnya dihasilkan untuk meraikan tema ‘hexagonita’ pada reka bentuk sesebuah jentera Lamborghini.
Untuk penampilan luaran, Aventador SVJ Xago Edition disertakan dengan kesan heksagon bewarna perak, dan warna kontras dari Ad Personam yang unik, serta rim Nireo Ad Personam yang berwarna hitam berkilat.
Untuk ruangan dalam, jentera ini disertakan dengan corak tempat duduk eksklusif dengan tema ‘hexagonita’, bersama dengan warna kontras khas yang sama dengan bahagian luar.
Setiap satu dari 10 Aventador SVJ Xago Edition ini akan turut mendapat plat nombor khas.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar