Penyandang juara dunia MotoGP Marc Marquez kemungkinan akan merealisasikan idea gilanya pada hujung minggu nanti. Menurut sumber kemungkinan Marc Marquez akan turut berlumba di Andalucia MotoGP sekiranya mendapat kebenaran dari doktor yang merawatnya.
Kenapa sanggup menyeksa diri, sedangkan tangan kanan beliau yang patah belum pulih sepenuhnya. Adakah tindakan Marc Marquez demi mempertahankan juara yang dimilikinya atau menebus maruah sebagai sang juara.
Marquez yang baru saja selesai menjalani pembedahan yang di ketuai oleh Dr Xavier Mir dan timnya. Hasil dari pembedahan tersebut tenyata Marquez agak bernasib baik.
Kecederaan yang dialami tidak merosakkan saraf radial. Andai berlaku kerosakan saraf radial, bererti Marquez terpaksa berehat panjang dan masalah yang lebih serius pada dirinya jika insiden yang sama berulang.
“Sebenarnya saraf hampir rosak tapi tidak cedera,” demikian ujar Dr Xavier Mir mengulas kondisi kecederaan Marc Marquez.
Menurut Dr Xavier Mir,pemasangan plat titanium generasi terbaru ke humerus kanan Marquez merupakan rawatan yang terbaik. Ianya membolehkan Juara Dunia MotoGP memulakan proses pemulihan selepas keluar dari hospital.
Tanpa kecederaan pada saraf radial, peluang bagi Marquez untuk meneruskan perlumbaan pada hujung minggu ini di Andalucia MotoGP bergantung pada keputusan tim perubatan di litar.
Namun besar harapan peminat Marc Marquez agar beliau bersabar menunggu tulang tangan yang patah sembuh sertaa berfungsi seperti sebelumnya.
Rata-rata peminat Marc Marquez berpendapat, tangan kanan lebih berperanan dari tangan kiri. Tangan kanan berfungsi mengawal brek dan pendikit. Kecederaan tersebut jelas menggangu konsentrasi tunggangan Marquez apatah lagi beraksi secara drastik.