Siri perlumbaan Formula 1 2020 akan menambah tiga lokasi baharu dalam kalendarnya, iaitu Portimao (Portugal), Imola (Itali) dan Nurburgring (Jerman).
Litar Antarabangsa Algarve di Portimao akan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya untuk Grand Prix Portugal yang dijadualkan berlangsung pada 23-25 Oktober. Dua minggu sebelum itu iaitu pada 9-11 Oktober, Grand Prix Eifel akan berlangsung di litar Nurburgring, Jerman.
Seminggu selepas perlumbaan di Portugal, Grand Prix Emilia Romagna akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November. Perlumbaan ini akan berlangsung di Autodromo Enzo e Dino Ferrari, sebuah litar perlumbaan yang terletak di Imola, Itali.
Lokasi perlumbaan Formula 1 baru ini pertama kalinya diadakan di Imola dan Nurburgring, sejak kedua-dua lokasi tersebut masing-masing menjadi tuan rumah pada tahun 2006 dan 2013.