Bukan sahaja model baru, kereta model lama juga akan jadi sasaran penjenayah

2626

Bercakap mengenai ‘barang lama’, ianya disifatkan sudah tidak bernilai dan tidak diperlukan bagi sesetengah individu.

kereta lama

Namun harus diingat, jika ‘barang lama’ tersebut melibatkan kenderaan, samada kereta atau motosikal, ia masih mempunyai nilai dan permintaan yang tinggi.



Oleh sebab itu, barang seperti ini juga tidak telepas dari perhatian para penjenayah. Kes kecurian yang melibatkan kereta lama banyak berlaku di Eropah dan seluruh dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, penjenayah juga sering menyasarkan kereta lama, kerana nilai barang gantian yang terdapat pada kereta itu dan wujudnya peluang untuk mencuri.

Kereta yang diletakkan di tempat parkir yang tidak teratur seperti di luar pagar rumah, di tempat letak kereta pangsapuri dan kondominium yang tidak ada pengawal keselamatan juga berisiko tinggi untuk dicuri.

“Ini memberi peluang dan ruang kepada penjenayah untuk mencuri kenderaan ini dengan menggunakan peralatan seperti pembaris dan tidak memerlukan peralatan berteknologi tinggi.”

“Saya mahu masyarakat untuk ubah persepsi mereka mengenai kereta lama tidak akan dicuri kerana kita sudah terima banyak kes,” kata Mohamed Mokhsein.

Berdasarkan rekod, 132 kes curi kereta dan 264 kes curi motosikal dilaporkan di Cheras dalam tempoh Januari sehingga Julai 2020, berbanding 366 kes curi kereta dan 562 kes curi motosikal dilaporkan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here