Berikutan pembatalan penyertaan dari pelumba Repsol Honda iaitu Marc Marquez kerana cedera, Fabio Quartararo mengambil peluang ini untuk muncul juara pada MotoGP Andalusia 2020.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha dengan mudah mengetuai perlumbaan tanpa saingan sengit dari mana-mana pelumba. Namun, ianya berbeza dengan perebutan kedudukan kedua.
Ketika Quartararo selesa di hadapan, kedudukan kedua perlumbaan sempat diduduki oleh beberapa perlumba termasuk Franco Bagnaia yang akhirnya tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana masalah teknikal pada motosikalnya.
Pelumba pasukan Pramac Ducati tersebut juga bahkan sempat berada jauh dari pelumba di tempat ketiga dan keempat, namun nasib tidak menyebelahinya.
Kedudukan kedua tersebut akhirnya berjaya diperoleh oleh pelumba pasuka Yamaha, Maverick Vinales. Kedudukan tersebut berjaya diraih setelah bersaing sengit dengan rakan sepasukannya, Valentino Rossi yang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Berikut adalah keputusan penuh MotoGP Andalusia 2020
1. Fabio Quartararo – Petronas Yamaha
2. Maverick Viñales – Monster Yamaha
3. Valentino Rossi – Monster Yamaha (YZR-M1)
4. Takaaki Nakagami – LCR Honda
5. Joan Mir – Suzuki Ecstar
6. Andrea Dovizioso – Ducati Team
7. Pol Espargaro – Red Bull KTM Factory
8. Alex Marquez – Repsol Honda
9. Johann Zarco – Reale Avintia Ducati
10. Alex Rins – Suzuki Ecstar
11. Tito Rabat – Reale Avintia Ducati
12. Bradley Smith – Factory Aprilia Gresini
13. Cal Crutchlow – LCR Honda
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar