Kalau ada RX-Z RM70k, ini dia 125Z RM30k pula

7192

Harga sesebuah kenderaan akan melonjak naik jika pengeluarannya telah dihentikan. Ia akan menjadi kenderaan yang sangat rare, dan akan diburu oleh peminatnya.

125z

Sebelum ini, kami ada menceritakan tentang sebuah Yamaha RX-Z yang dijual pada harga RM70k. Untuk kali ini, sebuah lagi motosikal yang cukup popular dan digemari oleh rakyat Malaysia iaitu 125Z difahamkan telah dijual dengan harga RM30k.



Berdasarkan saluran Youtube Dunia Permotoran, pemilik motosikal tersebut yang dikenali sebagai Sharil Fahmi telah berjaya menjual motosikal miliknya kepada seorang pengumpul tegar 125Z yang berasal dari Vietnam.

Menurut Sharil menerusi video, dia telah mengambil masa selama 4 tahun lebih untuk menyiapkan motosikal tersebut dari barang recond kepada barang new old stock (NOS). Sentuhan terakhir pada motosikal tersebut dilakukannya pada tahun ini.

Motosikal ini juga pernah menyertai beberapa pertandingan pada tahun 2016, 2018 dan 2019. 

Perincian 

Motosikal ini difahamkan disertakan dengan toolbox orimotor dan coverset orimotor yang dibeli pada harga sekitar RM2,000. Coverset tersebut juga pernah ditawarkan untuk dibeli pada harga RM4,000.

Motosikal ini juga mempunya tempat duduk dengan papan putih, keluaran tahun 1998-2002. Untuk tempat duduk sahaja, harganya mencecah sehingga RM500. Tempat duduk ini pernah ditawarkan untuk dibeli pada harga RM1,500.

Sharil juga menyatakan selain toolbox, komponen paling susah untuk didapati ialah cermin sisi dan lampu hadapan. Lampu hadapan ini motosikal ini disertakan dengan cop BOSCH Malaysia.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai komponen motosikal ini, anda boleh menonton video yang kami sediakan pada bahagian atas.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here