Juara dunia MotoGP, Marc Marquez telah mendedahkan beberapa gambar X-ray keadaan lengannya yang disertakan dengan 12 pin dan satu plat untuk menstabilkan kecederaan yang dialami.
Pelumba pasukan Repsol Honda tersebut telah mengalami kecederaan patah lengan setelah beraksi pada MotoGP Sepanyol yang berlangsung pada 19 Julai lalu.
Apa yang menarik, setelas selesai melakukan pembedahan pada 21 Julai (Selasa), Marquez difahamkan kembali ke litar Jerez pada 23 Julai (Khamis) setelah mendapat kebenaran untuk bersaing pada MotoGP Andalucia.
Setelah dikompromi oleh HRC, Marquez kembali ke litar pada hari Sabtu dan memperoleh tempat ke-19 pada sesi latihan ketiga dan tempat ke-16 pada sesi latihan keempat.
Akan tetapi, juara dunia enam kali tersebut kembali merasa sakit pada tempat kecederaannya ketika pusingan kelayakan pertama. Setelah itu, dia telah menarik diri pada acara tersebut.
Oleh kerana siri perlumbaan MotoGP pada musim ini dipendekkan, masih ada 11 perlumbaan yang berbaki untuk Marquez mengejar gelaran juara.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar