Sikap fokus semasa memandu mestilah ada pada setiap individu. Tidak kira samada yang memandu kereta, lori dan menunggang motosikal, kesemuanya perlu memberi perhatian ketika menggunakan jalan raya.
Ini kerana, jika sesaat leka di jalan raya, anda berkemungkinan besar akan terlibat dalam kemalangan. Sedangkan yang berjalan kaki pun boleh ditimpa kemalangan jika tidak berhati-hati, apatah lagi yang menggunakan kenderaan.
Namun begitu, terdapat juga kes-kes yang melucukan sekiranya anda leka atau mengelamun ketika menunggang atau memandu dan ini adalah salah satunya!
Pada beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah video rakaman cctv yang telah menjadi viral menerusi laman Twitter milik @IsskndarAriffin.
Macam mana dia boleh tertinggal bini dia? Hahahaha pic.twitter.com/79ni8LpOjT
— Isskandar Ariffin (@IsskndarAriffin) July 28, 2020
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan sepasang suami isteri yang bersiap-siap untuk memulakan perjalanan mereka dengan menaiki sebuah motosikal. Pada mulanya, si isteri telahpun menaiki motosikal namun atas faktor-faktor tertentu dia turun semula daripada motosikal itu.
Apa yang mengejutkan, si suami telah bergerak tanpa menyedari isterinya belum membonceng motosikal tersebut. Melihat keadaan itu, si isteri dan tukang sapu yang turut terkejut dengan situasi tersebut segera memanggil lelaki tersebut dengan nada yang agak kuat.
Dalam beberapa saat kemudian, suaminya berpatah balik ke kawasan kejadian dan sebaik sahaja tiba, wanita berkenaan memukul manja suaminya itu kerana tertinggal akan dirinya.
Posting berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kejadian berikut.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar