Cristiano Ronaldo beli Bugatti Centodieci untuk raikan gelaran Serie A

2621

Untuk meraikan gelaran juara Serie A ke-9 berturut pasukan Juventus, bintangnya iaitu Cristiano Ronaldo difahamkan membeli sebuah Bugatti Centodieci. 

cristiano ronaldo

Hanya dihasilkan dalam 10 unit, kereta ini akan menjadi “ahli” dalam koleksi kereta mewah Ronaldo bersama dengan Chiron dan banyak lagi. Disebabkan Ronaldo merupakan salah satu pemain paling hebat dalam sejarah bola sepak, dia layak memiliki produksi edisi terhad keluaran Bugatti ini.



Dengan harga USD5.5 juta (RM23.3 juta), Bugatti Centodieci pastinya sebuah kereta yang tidak murah, namun Cristiano Ronaldo sudah tentu tidak mengalami masalah untuk membayarnya. Ini kerana, Juventus telah membayar sekitar USD100 juta (RM424 juta) untuk mendapatkan pemain kebangsaan Portugal tersebut dengan kontrak selama 4 tahun.

cristiano ronaldo

Kereta ini diasaskan dari model Chiron, yang sudah dimiliki oleh Ronaldo. Tetapi ia ditambah dengan beberapa perubahan penting untuk menjadikannya lebih unik.

Bugatti Centodieci disertakan dengan reka bentuk luaran yang mengingatkan tentang Bugatti EB110 keluaran tahun 1990-an. Bahagian luar yang unik ini menjadikan penampilan Bugatti Centodieci sangat berbeza jika dibandingkan dengan model Chiron.
 
Kereta ini dikuasakan oleh enjin yang sama seperti Chiron iaitu W-16 tetapi ia sudah disemak semula. Enjin ini kini akan menghasilkan sehingga 1,600hp jika dibandingkan dengan Chiron yang hanya menghasilkan 1,500hp.
 
cristiano ronaldo
Model Centofieci juga disertakan dengan sistem ekzos yang telah dinaik taraf.

Namun begitu, proses menghasilkan kereta ini memerluka masa dan Ronaldo juga perlu menunggu gilirannya seperti orang lain. Proses penghantarannya dijangka bermula tahun hapadan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here