Shelby American kini memperkenalkan Signature Edition untuk model Mustang GT350 dan GT500. Pakej pada kedua-dua model ini direka dengan konsep “gaya, prestasi dan eksklusif”.
Shelby Mustang GT500 Signature Edition
Untuk model ini, Signature Edition menawarkan bonet depan gentian karbon yang mempunyai berat 13.6kg kurang dari bonet biasa. Ia juga diserikan lagi dengan jalur putih pada bahagian badan, roda aluminium 20-inci dan tayar berprestasi tinggi.
Beberapa pilihan akan diberikan kepada pembeli, termasuk kit badan lebar, pakej gentian karbon dan tayar Michelin Sport Cup 2.
Logo khas turut disertakan, bersama dengan tempat duduk kulit khas yang mempunyai tanda tangan Carroll Shelby.
Model ini dikuasakan oleh enjin V8 5.2-liter supercharged yang telah dinaik taraf, bersama dengan intercooler dan radiator lebih baik.
Dengan naik taraf yang dilakukan, kereta ini mampu menghasilkan tambahan 40+hp, yang menjadikan output keseluruhan mencecah 800+hp.
Selain sistem suspensi yang dinaik taraf, spring dan sway bar baru turut disertakan bersama dengan plat caster camber.
Pakej Signature Edition untuk Shelby Mustang GT500 berharga USD29,995 (RM126,443). Ianya akan terhad kepada 100 unit setiap tahun.
Shelby Mustang GT350 Signature Edition
Pakej Signature Edition untuk Shelby Mustang GT350 berharga USD9,995 (RM42,133). Ia turut menawarkan spring dan sway bar baru dan plat caster camber.
Sama seperti model GT500, ia disertakan dengan jalur pada bahagian badan, logo baru dan roda 19 inci dan tayar yang berprestasi tinggi.
Pelbagai pilihan juga turut disediakan, termasuk bonet hadapan gentian karbon, shifter short-throw, dan kit badan lebar. Ia juga akan terhad kepada 100 unit untuk setiap tahun.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar