Proton Commerce Sdn. Bhd. (PCSB), sebuah syarikat di bawah Kumpulan Proton mengumumkan satu kempen yang memberi peluang kepada graduan baharu memiliki kereta pertama dengan kadar pinjaman Sewa Beli yang rendah.
Bermula hanya 2.98 peratus, kadar yang ditawarkan oleh PCSB ini adalah antara yang terendah di dalam segmen itu setakat ini.
Syarat-syaratnya adalah:
- Seorang graduan (sekurang-kurangnya diploma)
- Berumur antara 18 hingga 30 tahun
- Mempunyai pekerjaan dengan gaji minimum RM1,500
- Satu surat pengesahan pekerjaan, atau slip gaji sebulan
Kempen ini berlangsung sehingga 31 Disember 2020, seiring dengan penawaran jualan tanpa cukai bagi semua kereta Proton.
Mooi Fi Phang, Ketua Pegawai Eksekutif PCSB berkata: “Melihatkan kepada ekonomi ketika ini, mobiliti adalah sesuatu yang penting bagi anak muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
“Kempen ini memberikan pemerkasaan dan autonomi kepada graduan-graduan tersebut. Kami yakin bahawa pakej ini akan membantu graduan baharu memiliki kereta, di mana bayaran semula hanya dari serendah RM239 sebulan,” tambahnya.
Menurut Mooi, industri jual beli dijangka meningkat dalam waktu dekat, berikutan pengurangan baru-baru ini bagi Kadar Dasar Semalaman serta pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang.
Selain pakej kempen graduan baharu, PCSB turut mengumumkan bahawa pada 7 Julai 2020, syarikat juga telah menurunkan kadar faedah penawaran keseluruhan sehingga serendah 2.22 peratus berdasarkan kredibiliti pelanggan dan margin kewangan.
Ini bermaksud pelanggan akan mendapat keuntungan secara langsung di mana bayaran bulanan yang lebih rendah membolehkan mereka menggunakan simpanan tersebut untuk membeli barangan keperluan, dan membuat simpanan untuk kegunaan masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai PCSB dan perkhidmatan yang disediakan, layari www.protoncommerce.com.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar