Penyerahan Bugatti Divo kepada pelanggan bermula, RM24.7 juta seunit!

1924

Selepas memperincikan proses ujian dan pengesahan setiap model pada bulan lepas, Bugatti kini secara rasmi memulakan proses penghantaran unit pertama model Divo.

Bugatti Divo

Menurut Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann, satu unit Divo mencecah harga USD5.9 juta (RM24.7 juta) tidak termasuk cukai. 



“Divo menandakan kejayaan dalam sejarah Bugatti, yang merangkumi lebih dari 110 tahun. Divo akan memasuki buku sejarah kami, di samping model Veyron dan Chiron. Kesemua kereta ini adalah penanda aras bagi era baru Buggati, iaitu era penghasilan kereta moden,” katanya.

Bugatti Divo

Hypercar ini dihasilkan dalam unit yang terhad, iaitu 40 unit sahaja. Bahagian badannya telah diberikan peningkatan tentang aspek pengaliran udara dan juga mempunyai berat kurang 90kg dari model Chiron.

Terdapat juga lampu DRL dan lampu belakang kompleks yang memberikan kesan khas, selain bukaan cahaya hanya 35mm.

Bugatti Divo

Bugatti Divo dipacu oleh enjin W16 8.0-liter 4 turbocharger yang mampu menghasilkan sehingga 1,479hp pada 6,700rpm dan 1,600Nm tork pada 2,000-6,000rpm.

Dengan kuasa dan tork yang dihasilkan, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.4 saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here