Pasukan Racing Point menerima potongan sebanyak 15 mata dalam saingan Formula 1 2020 dan bayaran denda sebanyak USD470,000 (RM1.9 juta) kerana didapati menyalin reka bentuk saluran brek dari pasukan Mercedes.
Reka bentuk saluran brek tersebut digunakan oleh pasukan Mercedes pada jentera mereka ketika menjuarai kejuraan pada tahun 2019. Pasukan Racing Point yang menerima reka bentuk saluran brek ini dari Mercedes telah membuat sedikit perubahan dan menggunakannya.
Namun, pasukan Renault telah membuat bantahan tentang pengunaan reka bentuk saluran brek tersebut, yang merupakan “bahagian yang disenaraikan” di bawah peraturan Formula 1 untuk tahun 2020.
Ini bermakud sesebuah pasukan mesti membuat reka bentuk tersendiri tanpa menggunakan reka bentuk dari pasukan lain.
Menurut Racing Point, mereka hanya menggunakan maklumat mengenai reka bentuk dari Mercedes dan memperkenalkan sistem mereka sendiri.
Sistem saluran brek sejak kebelakangan ini menjadi semakin rumit kerana beberapa pasukan memanfaatkan setiap kelebihan aerodinamik yang mereka dapat dari jentera perlumbaan.
Potongan mata tersebut telah mengakibatkan Racing Point yang kini berada di kedudukan kelima jatuh ke kedudukan keenam. Walau bagaimanapun, potongan mata ini tidak menjejaskan jumlah mata bagi pelumba mereka.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar