Valtteri Bottas berjaya mengatasi Lewis Hamilton untuk memperoleh petak pertama menjelang Grand Prix Ulang Tahun ke-70 yang akan berlangsung di litar Silverstone.
Sementara itu, Niko Hulkenberg, yang menggantikan Sergio Perez selepas diuji positif kali kedua Covid-19, berjaya membantu Racing Point memperoleh petak ketiga.
Bagaimanapun, nama yang cukup popular dalam saingan Formula 1 iaitu Sebastian Vettel, sekadar memperoleh petak ke 12 selepas sesi kelayakan tamat. Pelumba kelahiran Jerman tersebut bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya sehingga kini.
Keputusan penuh sesi kelayakan Grand Prix Ulang Tahun ke-70:
1. Valtteri Bottas, Mercedes
2. Lewis Hamilton, Mercedes
3. Nico Hulkenberg, Racing Point
4. Max Verstappen, Red Bull
5. Daniel Ricciardo, Renault
6. Lance Stroll, Racing Point
7. Pierre Gasly, AlphaTauri
8. Charles Leclerc, Ferrari
9. Alex Albon, Red Bull
10. Lando Norris, McLaren
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar