Pusat pengedar yang sudah ditutup ini masih simpan tiga kereta eksotik

2630

Pusat pengedar yang telah ditutup biasanya bukanlah satu pemandangan yang menarik jika dilihat dari luar. Namun, ia akan menjadi sesuatu yang menarik jika ia masih menyimpan kereta yang sangat istimewa.

Sebuah pusat pengedar Maserati dan Ferrari di China kini menjadi topik bualan hangat kerana masih menyimpan tiga buah kereta eksotik iaitu Porsche Carrera GT, Ferrari 575 Superamerica dan Chevrolet Corvette C5 Z06.



Pengguna Instagram iaitu cheongermando telah berkunjung ke pusat pengedar tersebut dan berkongsi beberapa gambar. Kesemua kereta tersebut kelihatan masih dalam keadaan yang baik dan hanya dilitupi debu kerana dibiarkan terlalu lama.

Pusat pengedar tersebut difahamkan dibuka pada 2005 dan ditutup pada tahun 2011.

Porsche Carrera GT

Untuk Porsche Carrera GT, harga kereta ini mencecah jutaan ringgit. Model ini difahamkan merupakan model ke-1,255 yang dihasilkan, dimana ia dilengkapi dengan warna Zanzibar Red Metallic. Ia juga merupakan satu-satunya model spesifikasi Eropah yang mendapat warna tersebut.

Kereta ini dikuasakan oleh enjin V10 5.7-liter naturally-aspirated yang mampu menghasilkan sehingga 603hp dan 590Nm tork.

Dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 330km/j.

Ferrari 575 Superamerica

Ferrari 575 Superamerica merupakan kereta keluaran edisi terhad yang dapat ‘berubah’ dari coupe ke roadster dalam masa kurang dari 10 saat.

Ianya dikuasakan oleh enjin V12 5.7-liter yang mampu menghasilkan sehingga 533hp dan 588Nm tork.

Model ini merupakan salah satu dari model yang dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.2 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 320km/j.

Chevrolet Corvette C5 Z06

Chevrolet Corvette C5 Z06 merupakan kereta yang sederhana jika dibandingkan dengan dua kereta di atas. Ia dilengkapi dengan enjin V8 5.7-liter yang mampu menghasilkan 385hp dan 522Nm tork.

Dengan kuasa yang dihasilkan, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.3 saat. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here