Pelumba pasukan Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder tampil membuat kejutan dengan menjuarai MotoGP Republik Czech yang berlangsung di litar Automotodrom Brno.
Pelumba kelahiran Afrika Selatan tersebut menjuarai kejuaraan Moto3 pada tahun 2013 dan bersaing dalam Moto2 dalam tiga musim sebelum ini, sebelum melangkah ke MotoGP pada tahun ini.
Binder mendahului ketika perlumbaan masih berbaki sembilan pusingan dan memperoleh kedudukan podium pertama pada penglibatan kali ketiganya dalam kelas MotoGP.
“Sejujurnya, saya tidak mampu berkata apa-apa. Hari ini adalah hari yang saya impikan sejak saya masih kecil, dan ianya menjadi kenyataan. Disebabkan ini kemenangan Grand Prix pertama saya, saya sangat teruja.”
📅 August 9th 2020
📍 Automotodrom BrnoRemember the day @BradBinder_41 and KTM shocked the world! 🏆#Bradical | #CzechGP 🇨🇿 pic.twitter.com/CbSZbWx75N
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) August 9, 2020
“Saya sangat berharap ibu bapa saya berada di sini kerana mereka yang menyokong saya dari awal. Terima kasih kepada pasukan dan semua yang menyokong saya hingga sampai ke tahap ini. Satu impian yang menjadi kenyataan,” kata Bender.
Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua manakala pelumba Ducati-Avintia, Johann Zarco ketiga.
Keputusan penuh MotoGP Republik Czech
1. Brad Binder (Red Bull KTM Factory)
2. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha)
3. Johann Zarco (Hublot Reale Avintia)
4. Alex Rins (Team SUZUKI ECSTAR)
5. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha)
6. Miguel Oliveira ((Red Bull KTM Factory)
7. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha)
8. Takaaki Nakagami (LCR Honda)
9. Jack Miller (Pramac Racing)
10. Aleix Espargaro (Factory Aprilia Gresini)
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar