Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen menamatkan dominasi pasukan Mercedes apabila muncul juara buat kali pertama dalam siri perlumbaan tahun 2020.
Kemenangan Verstappen di Grand Prix Ulang Tahun ke-70 diikuti oleh dua pelumba Mercedes iaitu Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas, yang melengkapkan kedudukan podium.
Kedua-dua perlumba Mercedes tersebut masih bergelut dengan masalah tayar semasa perlumbaan, dimana Hamilton mengalami masalah ini menjelang pusingan akhir perlumbaan.
Walau bagaimanapun, juara dunia tersebut masih berjaya mengatasi rakan sepasukannya untuk memperoleh kedudukan kedua.
Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat, manakala Nico Hulkenberg yang berada di petak ketiga perlumbaan menduduki kedudukan ketujuh.
Pelumba pasukan Racing Point yang dijangkiti Covid-19, dijangka akan kembali bersaing di Grand Prix Sepanyol pada minggu depan.
Lewis Hamilton bagaimanapun masih memiliki kelebihan untuk muncul juara keseluruhan, walaupun kemenangan Max Verstappen ini membolehkan dia berada di tempat kedua di hadapan Valtteri Bottas untuk jumlah mata keseluruhan.
Keputusan penuh Grand Prix Ulang Tahun ke-70
1.Max Verstappen Red Bull Racing
2. Lewis Hamilton Mercedes
3. Valtteri Bottas Mercedes
4. Charles Leclerc Ferrari
5. Alex Albon Red Bull Racing
5. Lance Stroll Racing Point
6. Nico Hulkenberg Racing Point
7. Esteban Ocon Renault
8. Lando Norris McLaren
9. Daniil Kvyat Alpha Tauri
10. Pierre Gasly Alpha Tauri
11. Sebastian Vettel Ferrari
12. Carlos Sainz McLaren
13. Daniel Ricciardo Renault
14. Kimi Raikkonen Alfa Romeo
15. Romain Grosjean Haas
16. Antonio Giovinazzi Alfa Romeo
17. George Russell Williams
18. Nicholas Latifi Williams
19. Kevin Magnussen Haas
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar