Enea Bastianini yang kini mendahului mata keseluruhan perlumbaan menampilkan prestasi konsisten di Moto2 Republik Czech. Dia memperoleh gelaran juara buat kali kedua pada musim ini.
Bastianini diberi saingan sengit oleh Sam Lowes dan Joe Roberts yang masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.
Pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili pasukan Angel Nieto menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-9 dari 22 pelumba.
“Ia adalah satu perlumbaan yang sukar, kerana saya memiliki peluang untuk berada di kelompok lima teratas.”
“Namun, saya rasa seperti kekurangan tenaga pada awal perlumbaan dan juga ketika di selekoh. Di selekoh, saya sekali lagi berpeluang untuk mendekati pelumba lain namun sukar untuk memberi saingan.”
“Kedudukan kesembilan adalah lebih baik dari tidak memperoleh apa-apa. Saya berharap dapat terus bersaing seperti ini di Australia nanti,” kata Hafizh.
Selepas perlumbaan Moto2 Republik Czech, Hafizh kini mengutip tujuh mata, dan berada di tempat ke-14 daripada 31 pelumba dengan kutipan 17 mata keseluruhan selepas empat perlumbaan setakat ini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar