Musim MotoGP 2020 akan tamat di Portugal

1849

Menurut pihak penganjur, musim MotoGP 2020 akan berakhir di Portugal, dimana perlumbaan terakhir akan diadakan di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao pada 22 November.

Motogp 2020 portugal

Litar tersebut akan menganjurkan perlumbaan MotoGP buat pertama kali sejak tahun 2012. Selain itu, kita akan menyaksikan pelumba KTM Tech 3 iaitu Miguel Oliveira akan bersaing di gelanggang sendiri dalam kelas perdana buat kali pertama.



“Portugal mempunyai sejarah yang panjang dalam sukan ini dan ada beberapa pertandingan bersejarah berlangsung di Estoril. Kami gembira akan kembali ke Portugal,” kata CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta.

Jadual perlumbaan musim 2020 yang sebenar sepatutnya menjadi yang terpanjang dalam sejarah MotoGP, dimana 20 pusingan dijadual bermula di Qatar dan berakhir di Valencia.

Namun, musim perlumbaan ini terpaksa dipendekkan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Siri perlumbaan MotoGP dimulakan semula pada bulan lepas, dimana litar Jerez di Sepanyol menjadi tuan rumah kepada 7 dari 14 perlumbaan yang telah ditetapkan semula.

Buat masa sekarang, Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha mendahului saingan dengan kutipan sebanyak 59 mata selepas tiga pusingan. Sementara itu, Maverick Vinales berada di kedudukan kedua dengan perbezaan 17 mata.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here