Australia terima Subaru WRX Club Spec terhad, mungkin edisi khas terakhir sebelum generasi baharu tiba

1964

Generasi semasa Subaru WRX dan WRX STI akan tiba ke penghujung hayatnya tidak lama lagi. Sedan dengan inspirasi rali itu akan diganti dengan generasi baharu sepenuhnya berasaskan Viziv Concept yang mula ditayang di Tokyo Motor Show 2017.

Sementara itu, Subaru mendedahkan edisi terhad untuk WRX dan STI. Yang terkini ialah Subaru WRX Club Spec, khas untuk pasaran Australia dan mungkin merupakan edisi terhad yang terakhir sebelum sedan itu diganti.



WRX Club Spec Limited Edition ini mendapat komponen sporti untuk meningkatkan daya tarikan model ini. Di luar, ia diberikan rim aloi STI 18-inci berserta brek Brembo berprestasi tinggi, untuk model manual sahaja. Di belakang, terdapat lencana Club Spec.

Di bahagian dalam pula, WRX Club Spec dilengkapi tempat duduk bucket Recaro untuk pemandu dan penumpang depan, selain roda stereng Ultrasuede untuk mode WRX STI.

Ciri lain adalah pembesar suara Harman Kardon, subwoofer dan amplifier, serta beberapa lencana Club Spec.

Hanya 150 unit akan dikeluarkan, dan boleh didapati dengan pilihan manual dan CVT. Harga sudah pastinya lebih tinggi dari WRX biasa, iaitu penambahan sekitar AUD7,500 (RM22,568). Pilihan warna adalah WR Blue Pearl, Crystal Black Silica, dan Crystal White Pearl.

WRX generasi seterusnya dijangka tiba tahun depan, dengan perkembangan terkini menyatakan ia akan dikuasai oleh enjin 2.4-liter turbo flat-four, dengan kuasa sehingga 400hp dan 490Nm tork.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here