BMW 7-Series yang pernah menjadi milik Shah Rukh Khan kini sedia untuk dijual

2243

Shah Rukh Khan atau nama sebenarnya Shahrukh Khan sememangnya popular dengan kenderaan dari BMW, kerana difahamkan dia memiliki banyak kereta dari jenama itu.

Bintang filem terkemuka dunia ini menggunakan kenderaan mewah untuk kegunaan harian dalam tempoh beberapa tahun yang lalu. Masa berganti masa, kenderaan yang pernah dimiliknya dijual untuk membolehkannya memiliki kenderaan yang lebih baru.



Shahrukh Khan difahamkan pernah memiliki BMW 7-Series, yang dijualnya suatu ketika dahulu. Kereta tersebut telah dimiliki oleh pemilik keduanya, dan kini ia akan dijual semula.

Shahrukh Khan

Kereta tersebut ialah BMW 7-Series keluaran tahun 2010, yang kini terletak di Mumbai, Maharashtra. Kereta ini masih mengekalkan nombor pendaftaran yang sama ketika ia masih dimiliki oleh Shahrukh Khan iaitu “555”.

Untuk pengetahuan, kenderaan yang pernah dan kini dimiliki oleh bintang filem ini kebanyakannya didaftarkan dengan nombor pendaftaran 555. Nombor ini juga terdapat pada tandatangannya.

Shahrukh Khan

Pemilik terkini BMW 7-Series ini menawarkanya denga harga INR 2.4 juta (RM134,452), yang merupakan satu harga yang agak sesuai untuk kereta yang berusia 10 tahun.

Untuk makluman, BMW 7-Series ini dikuasakan oleh enjin petrol V6 3.0-liter turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 326 bhp dan 450Nm tork.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here