Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan disebabkan pemandu yang memandu secara melulu kerap berlaku. Tabiat ini sudah tentu akan menyusahkan ramai pihak, termasuk pengguna jalan raya yang lain.
Terbaru, viral sebuah video di laman Twitter memamparkan kemalangan yang berlaku dekat laluan Tapah ke Cameron Highland.
Kemalangan ini melibatkan sebuah Perodua Bezza bewarna merah yang dipandu secara melulu sehingga melanggar sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.
Video ini menimbulkan rasa marah dikalangan para netizen, kerana kereta tersebut memotong di laluan sempit dan curam. Bagi sesiapa yang pernah ke Cameron Highland pastu tahu seberapa sempitnya jalan untuk sampai di sana.
Laluan Tapah ke Cameron Highlands ini seeloknya anda ikut sahaja kereta di hadapan tanpa perlu memotong kerana laluannya sempit & curam. Jika tidak, jadilah seperti dalam video ini. Kejadian berlaku semalam. pic.twitter.com/q4Jo4PgZUf
— MyWatch (@My_CrimeWatch) August 17, 2020
Video ini juga telah mendapat 18.2 ribu retweet dan 8.8 ribu likes ketika artikel ini ditulus dan mendapat respon negatif dari netizen yang marah dengan tindakan tidak bijak pemandu tersebut.
Bernasib baik, tiada kematian dan kecederaan teruk berlaku dalam kemalangan ini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar