Kes kecurian motosikal tidak dinafikan lagi memang kerap berlaku di Malaysia. Motosikal biasanya dicuri menggunakan banyak taktik.
Antaranya ialah pecahkan ‘handle lock’, hidupkan enjin guna master key atau gunakan kunci Allen dan potong suis enjin untuk hidupkan enjin.
Namun, anda semua boleh berwaspada dan melindungi motosikal dengan kaedah yang akan kami kongsikan ini.
Baru-baru ini, salah seorang pengguna Twitter berkongsi pengalaman motosikal miliknya yang dicuri telah dijumpai selepas 2 jam hilang.
Dia yang menggunakan kaedah pemasangan Global Positioning System (GPS Tracker) pada motosikalnya itu juga memberitahu keberkesanan pemasangan alat peranti tersebut.
Menurut pemuda tersebut yang hanya dikenali sebagai Wan Haziq, dia memasang GPS tracker yang dikeluarkan oleh Pitstop pada motosikalnya.
Anyone nak pasang gps tracker? Please pasang. It helped me tracking my lost motorcycle. Hilang pukul 5 pagi and pukul 7 dah jumpa. Also found 2 stolen motorcycle in the house. And big thanks @PDRMsia pr the full commitment. pic.twitter.com/xVRHkq3zlF
— Wan Haziq (@whaziqmahazir) August 17, 2020
Antara fungsi menarik yang ada pada alat peranti itu ialah boleh dihubungkan terus kepada telefon pintar anda. Anda boleh sentiasa semak kedudukan motosikal anda hanya melalui telefon pintar anda dari semasa ke semasa.
Selain itu, apa yang bagusnya mengenai alat peranti ini ialah anda boleh memasangnya di semua jenis kenderaan lain termasuklah bot. Bagi mereka yang ingin memasang alat peranti ini, anda perlu pasangnya di bahagian yang tersorok yang hanya diketahui oleh anda sahaja.
Selain mengesan kedudukan motosikal, alat peranti ini juga berfungsi sebagai killswitch enjin dan ianya juga akan mengeluarkan alarm bila berlaku sesuatu kepada motosikal dan jika dipandu lebih dari had kelajuan.
Selain itu, anda juga boleh mengesan sejarah perjalanan melalui kilometer dan masa perjalanan. GPS ini juga perlu menggunakan kad sim.
Menurut Haziq, nasibnya baik menggunakan GPS ini apabila motosikal miliknya dijumpai pada pukul 7 selepas hilang pada pukul 5 pagi. Motosikalnya turut dijumpai bersama beberapa buah motosikal mangsa lain yang tidak diketahui milik siapa.
Difahamkan, suspek tidak melakukan kerja ini berseorangan tetapi bersama seorang lagi rakannya di mana suspek yang ditangkap itu merupakan tukang kopak dan seroang lagi tukang curi.
Macam mana cara nk pasang nya dan di mana alat ni boleh di dapati