Subaru Levorg 2021 didedah – petunjuk rupa Impreza STI akan datang?

2547

Subaru akhirnya telah melancarkan Levorg generasi terbaharu di Jepun selepas beberapa prototaip model biasa dan STI Sport yang didedah sebelum ini.

Tidak mengejutkan bila melihat rupa Levorg ini sangat mirip dengan prototaipnya, cuma ini kali pertama gambar dalamannya dapat dilihat.



Perkara paling menarik di sini pastinya skrin sesentuh berbentuk potret berukuran 11.6-inci untuk sistem infotainmen, berserta skrin kluster instrumen 12.3-inci digital sepenuhnya.

Walaupun rupa di dalam ini nampak seperti facelift dari model sebelumnya, model ini sebenarnya serba baharu. Ia dibina di atas pelantar Subaru Global Platform dan mendapat enjin 1.8-liter flat-four turbo petrol, cukup untuk menjana 174hp dan 300Nm tork.

Berbanding generasi sebelum ini, Levorg kali ini 65mm lebih panjang, jadi ruang dalamannya sepatutnya lebih luas.

Pintu tailgate belakangnya boleh dibuka secara hands-free, dan akan terdapat 561 liter ruang kargo, iaitu 72 liter lebih dari sebelumnya.

Subaru Levorg cukup mengujakan bukan hanya kerana ianya sebuah wagon berprestasi, tetapi juga kerana mempunyai hubungan cukup kuat dengan Impreza WRX dan WRX STI.

Dikatakan model baharu Impreza nanti akan mempunyai rupa lebih kurang dengan Levorg. Perincian lain mengenai Impreza masih lagi samar-samar, namun ada yang mengatakan ia akan dikuasakan enjin 1.8-liter turbo baharu atau memperoleh enjin 2.4-liter turbo.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here