Beijing Auto Show 2020 dijadualkan semula pada 26 September hingga 5 Oktober

1328

Beijing Auto Show 2020 secara rasmi akan diadakan semula pada 26 September hingga 5 Oktober 2020. Pada mulanya, acara ini dijadualkan berlangsung pada 21-30 April, tetapi terpaksa ditunda kerana penularan pandemik Covid-19.

Beijing dan beberapa pameran kereta lain di seluruh dunia sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana alasan yang sama, termasuk di Detroit, Geneva, New York dan Sao Paulo.



Sejak pertama kali diadakan pada tahun 1990, Beijing Auto Show menjadi salah satu pameran kereta terbesar di dunia, dan menjadi platform kepada pelancaran model terbaru di pasaran kereta terbesar di dunia iaitu China.

Pameran ini akan diadakan dua tahun sekali, berselang dengan Shanghai Auto Show.

Beijing Auto Show 2020

“Masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana Covid-19 dan setelah berunding dengan pihak yang berkaitan, kami bagi pihak jawatankuasa penganjur Beijing Auto Show membuat keputusan untuk menangguhkan acara ini yang dijadualkan pada bulan April.”

“Namun, Beijing Auto Show 2020 kembali akan diadakan pada 26 September hingga 5 Oktober 2020,” kata pihak penganjur.

Pasaran kereta dalam negara (China) mula kembali hidup, walaupun dalam keadaan masih berjaga-jaga dengan gelombang kedua pandemik Covid-19. Banyak kawasan di China mulai dibuka semula untuk tujuan perdagangan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here