Formula 1 Belgium 2020: Peminat degil cuba masuk ke litar untuk lihat aksi Max Verstappen

1396

Acara Formula 1 Belgium 2020 yang berlangsung di litar Spa-Francorchamps tidak akan dibuka untuk tontonan umum kerana pandemik Covid-19 yang kini masih menular di seluruh dunia.

Namun, sekumpulan peminat dari Belanda tetap berdegil untuk memasuki litar tersebut kerana ingin melihat pelumba negara itu, Max Verstappen melakukan dalam sesi latihan.



Mereka yang hadir beramai-ramai dengan sebuah bas walau bagaimanapun telah diarahkan pulang oleh pihak polis Belgium. Bas itu penuh dengan peminat Max Verstappen.

Seperti setiap enam Grand Prix yang berlangsung sebelum ini, peminat juga tidak dibenarkan untuk hadir ke Grand Prix Belgium.

Formula 1 Belgium

Kesemua peminat dari Belanda tersebut akur dengan perintah pihak berkuasa dan dikenakan denda sebanyak €350 (RM1,735).

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peminat dari Belanda berkumpul di Formula 1 Belgium untuk melihat Verstappen beraksi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here