Pemeriksaan di PUSPAKOM tidak diperlukan jika cukai jalan tamat tempoh kurang dari tiga tahun

2450

Motosikal dan kereta persendirian yang cukai jalan tamat tempoh tidak lebih 36 bulan atau tiga tahun boleh membuat pembaharuan tanpa perlu menjalani pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mulai Jumaat ini.

puspakom

Perkara ini diumumkan menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertarikh beberapa hari lepas sebelum ia tular di media sosial.



Menerusi surat pekeliling berkenaan, dua jenis kenderaan berkenaan yang mempunyai cukai jalan sudah tamat tempoh selama 12 bulan dan tidak melebihi 36 bulan dibenarkan memperbaharui cukai itu tanpa perlu pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM.

Untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh membuat memperbaharuinya secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap.

Bagi kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here